Want your
own Fotopage?






 
alaf's FotoPage

By: alaf duapuluh satu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Friday, 18-Apr-2008 07:43 Email | Share | | Bookmark
Pesta Buku Antarabangsa KL 2008

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 12 photos...
Baru-baru ini telah berlangsung Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC pada 4 hingga 13 April 2008. Sungguh meriah dan kami menerima sambutan yang hangat dari para peminat buku-buku terbitan Alaf 21. Terima kasih atas sokongan yang telah diberikan!




Fri 18-Apr-2008 10:57
Posted by:firefoxstudio.fotopages.com firefoxstudio@gmail.com
tahniah kepada alaf 21 dengan buku2nya yg kualiti... tahniah tuah iskandar dan staf2 semua. walau camna pun aku tak dapek poe PWTC kerano bz dgn bebudak... tak dapek aku jumpo dgn Gayour.... selamat berjayo.... Mon 21-Apr-2008 12:28
Posted by:dr nots
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥♥♥ cari buku kanak-kanak???? ♥♥♥
http://bookabook.fotopages.com
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Have u ever book a flight?
Have u ever book a cinema?
Have u ever book-a-book before?
Well, now u can.. with http://bookabook.fotopages.com
Where u can sit back, relax and shop at your own pace in the comfort of your own house..
Mon 5-May-2008 08:27
Posted by:Mass masliza@ibzatech.com  - [Link]
Add comment


Friday, 18-Jan-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Pelancaran 5 Novel Damya Hanna

 
 
 
 
 
 
View all 125 photos...

Sat 11-Jul-2009 06:08
Posted by:unnamed
tahniah damya...
i minat bce nvel u sgat22...
Sat 25-Jul-2009 09:04
Posted by:geololita

tahniah kak damya...
Fri 7-Aug-2009 05:37
Posted by:INSYIRAH... syiera_kodok@yahoo.com
View all 22 comments Add comment


Friday, 18-Jan-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Pelancaran 5 Novel Damya Hanna

 
 
 
View all 18 photos...

Bicara hati mmg best.....tahniah. Mon 21-Jan-2008 10:19
Posted by:unnamed syida77@yahoo.com.my
congrats!!!! semua novel2 tu semuanya best2, smg trs suksess dlm mghslkn karya2 yg sarat dgn pngjrn.amin. Mon 28-Jan-2008 05:09
Posted by:alea natasya
sume novel2 damya hanna best2,especially bicara hati........... Wed 4-Feb-2009 06:38
Posted by:tina hanna8926@yahoo.com.my
Add comment


Monday, 3-Dec-2007 12:08 Email | Share | | Bookmark
pestabuku sibu 07

 
 
 
View all 117 photos...

T/kasih diatas ksudian Alaf 21 mmbawa penulis novel yg amat saya minati datang brkunjung ke Sibu dimana khadiran mereka amat dialu alukan.Ini mrupakn prtama kali novelis berkunjung ke Sibu.Diharap pihak alaf21 akan mmpromasikan buku2 novel trbaru dibuat ditpt kami.T/kasih juga kpd novelis Aisya Sofea, Anis Ayuni, Lily Hazlina Nasir dan Damya Hanna sudi melayan kerenah peminat disini. Jika ada terlanjur kelakuan yg terover maaf dipinta ok. thanks..Hopely we can meet again...... bye.... Thu 6-Dec-2007 09:52
Posted by:Siti Sanusi ctie_sizaisa@yahoo.com
Add comment


Monday, 12-Nov-2007 06:23 Email | Share | | Bookmark
Jamuan Raya Alaf21 '07

 
 
 
View all 48 photos...

saya peminat syed munawar....saya suka melihat rancangan Selamat Pagi Malaysia....(SPM)dalam bahagian reseksi..... Sat 19-Jan-2008 07:29
Posted by:Suriyadi hashim_handsome93@yahoo.com
Add comment


Thursday, 1-Nov-2007 09:07 Email | Share | | Bookmark
Pesta Buku Alaf 21 hari pertama

 
 
 
View all 33 photos...


ATAS permintaan peminat Alaf 21, pesta buku diadakan sekali lagi selama tiga hari bermula pada 1 hingga 3 November 2007, dari pukul 8.30 pagi hingga 6.00 petang.


Hari pertama sahaja sudah Unit Langganan menerima pengunjung yang tidak putus-putus datang walaupun tidak sehebat pesta buku antarabangsa. Dengan diskaun sebanyak 30%, mereka begitu teruja untuk membeli pelbagai jenis bahan bacaan Alaf 21. Bukan itu sahaja, beberapa buku Alaf turut dijual serendah RM5.00. Katalog Alaf 21 turut diberi secara percuma sempena pesta buku Alaf ini.

Wartaweb sempat menemu bual seorang pengunjung yang begitu khusyuk mencari buku-buku di rak. Rata-rata mereka adalah 'kaki novel'. Mereka mendapat tahu pesta buku ini dari laman web Alaf 21.

"Setakat ini saya mempunyai 200 buah novel dalam koleksi. Setakat ini saya melihat novel-novel Alaf 21 mempunyai kualiti yang bagus, ayatnya mudah difahami dan apa yang menarik sekali ialah covernya." Itulah antara kata-kata salah seorang daripada mereka.

Mereka berharap agar Alaf 21 dapat mengeluarkan lima atau enam buku sebulan. Amboi! Ini macam kes berat! Tapi kalau kehendak peminat, manalah tahu macam-macam boleh jadi.

Kepada anda yang masih belum mengunjungi Pesta Buku Alaf 21, esok masih ada dan hari Sabtu adalah hari terakhir. Datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi pesta buku ini. Diskaun hebat sedang menanti anda.

soooo good...kenapa ALAF21 tak buat pesta buku bergerak ek...susah la sy kat sini nak pergi ...
harap2 di masa akan datang ALAF21 dpt merealisasikn impian saya ni..bukannya apa..peminat novel ALAF21 ni ada di merata negeri di Malaysia..tak adil la kalau pembaca area shah alam ajer yg dapat merasa...kami kat sini pun nak juga
Fri 2-Nov-2007 05:11
Posted by:safiah bt mohd safiah.mohd@venture.com.sg
a'kum.boleh tak adakan pesta buku alaf 21 sekali lagi.saya teringin nak beli novel alaf 21.
please.
Wed 5-Dec-2007 11:45
Posted by:ayesha norayesha95@yahoo.com
Add comment


Tuesday, 11-Sep-2007 01:55 Email | Share | | Bookmark
Sepetang bersama Dr. HM Tuah Iskandar

 
 
 
View all 60 photos...

TOTiN, apa khabar tu, salam aidilfitri dari anak murid lama totin Thu 1-Nov-2007 12:18
Posted by:dr nots dr_nots@yahoo.com
boleh beri email dr. hm tuah yng benar2 tak...ada benda nak berbicara dgn beliau...terima kasih..wasam........ Wed 9-Apr-2008 02:18
Posted by:azlina sanan aazlinabt.sanan@yahoo.com
Add comment


Thursday, 1-Feb-2007 12:26 Email | Share | | Bookmark
Bengkel Penulisan Gaya Alaf 21 Di INTEKMA RESORT - 27 & 28 Jan 2

 
 
 
View all 60 photos...
BUKAN mudah menghasilkan novel tanpa pengetahuan lengkap dari segi teknik, idea dan sebagainya. Justeru itu, Alaf 21 telah memberikan pendekatan kepada sekumpulan bakal novelis untuk menghadiri bengkel penulisan yang telah diadakan selama dua hari pada 26 dan 27 Januari 2007 yang lalu.

Seramai 20 orang bakal novelis yang terpilih diberi pendedahan tentang gaya penulisan Alaf 21 yang berlangsung di INTEKMA Resort, Shah Alam. Pemilihan dibuat berdasarkan manuskrip yang mempunyai potensi untuk diterbitkan dan novelis muda yang sudah mempunyai sebuah novel bersama Alaf 21 tetapi belum pernah menghadiri bengkel sebegini. Novelis yang dimaksudkan adalah Rose Harissa dengan novel Berikan Cintamu, Emma Maizura dengan novel Tiada Noktah Cinta, Zara Juita baru sahaja menghasilkan novel Erti Rindu ini dan seorang lagi novelis baru akan muncul juga dengan novel sulungnya tidak lama lagi.

Pengurus Besar Alaf 21, Norden Mohamed telah banyak berkongsi ilmu berdasarkan teori-teori penulisan kepada para peserta. Menurut beliau, asas dan kemahiran dalam penulisan perlu ada pada seseorang penulis. Penulis perlu bijak dalam membina perwatakan agar seimbang dengan gaya penceritaan seperti plot, dialog dan latar cerita. Tanpa itu semua, sesebuah cerita akan menjadi kaku, kurang penghayatan dan membosankan.

Para peserta diberi peluang merujuk kelemahan-kelemahan pada manuskrip masing-masing dan dibenarkan membawa pulang untuk dibaiki agar cerita lebih berkesan, beremosi dan sebagainya. Mereka turut teruja dengan novelis jemputan iaitu Norzailina Nordin dan Ramlee Awang Murshid.

Kedua-dua novelis ini turut memberikan panduan atau tip penyampaian yang berkesan ketika menulis dan apa yang disampaikan oleh mereka banyak membantu para peserta untuk menghasilkan cerita yang lebih baik.

Kami sempat bertanya kepada peserta. Kebanyakan daripada mereka mengucapkan jutaan terima kasih atas penganjuran bengkel penulisan ini. Banyak input diperoleh dan dipelajari, bukan sahaja teknik penulisan tetapi juga gaya pendekatan Alaf 21 yang bersifat kekeluargaan.

Terima kasih Alaf kerana menganjurkan bengkel sebegini. Kalau ada lagi jangan lupa ajak saya lagi..

p.s: nak ambil satu dua gambar untuk simpanan peribadi dan letak dalam blog. terima kasih.
Sat 3-Feb-2007 06:35
Posted by:nieyszahri nieys.zahri@gmail.com  - [Link]
Akum & salam perkenalan. Stumbled upon your site, just to say hi.

I am currently giving a away a free chapter for my latest ebook, The Malaysian Jobseeker Dilemma. You can get it at http://www.ZulkifliMusa.com or http://www.TheJobseekerDilemma.com

Hope we can be friends. Tq.
Mon 12-Feb-2007 06:30
Posted by:zul  - [Link]
Add comment


Monday, 8-Jan-2007 00:46 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 35 photos...

Baru je semalam nampak rakaman majlis ni dalam melodi.. Mon 8-Jan-2007 01:27
Posted by:nieyszahri  - [Link]
encik not makin glemer gitewwwwwwwww Tue 9-Jan-2007 06:36
Posted by:zurie comel zuri154@yahoo.com
Add comment


Friday, 5-Jan-2007 12:09 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 36 photos...

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.